![]() |
Cakera Keras atau lebih kerap dipanggil dengan Hard Disk Drive (HDD) mempunyai jangka hayat yang tertentu. Semuanya akan rosak dan gagal berfungsi sooner (awal) atau later (lambat). Average (purata) jangka hayat sesebuah HDD adalah 6 tahun - 50% HDD mampu mencapai penggunaan lebih dari 6 tahun.
Adakalanya kerosakan HDD berpunca daripada pengilang atau pengeluar. Tetapi penjagaan yang kurang rapi biasanya menjadi sebab yang utama HDD gagal berfungsi.
Pelik, HDD ini biasanya diletakkan di tempat yang agak dalam jika di gunakan pada komputer atau laptop. Adakah HDD sangat memerlukan penjagaan yang rapi?
Tentu kita tidak mahu melalui pengalaman recovery HDD yang mati kan? Jadi, saya sediakan sedikit perkara yang selalu menjadi punca kerosakan dan cara menjaga & memanjangkan jangka hayat sesebuah cakera keras atau HDD.
p/s : Artikel ini adalah tentang Hard Disk Drive yang tradisional dan tidak sesuai di jadikan rujukan untuk Solid-State Drive (SDD). SDD juga mempunyai jangka hayat yang tertentu seperti HDD, tetapi dengan sebab yang berbeza. Boleh baca Cara Memanjangkan Jangka Hayat HDD.
Sebab #1 : Kerosakan Fizikal
Cara paling cepat mengetahui kegagalan HDD adalah dengan berlakunya fizikal trauma pada HDD. Bunyi seolah-olah HDD didera oleh pemiliknya. Tapi perlu diketahui, HDD adalah barang yang lebih fragile dari yang kita sangka. Ada beberapa bahagian yang bergerak yang akan rosak walupun hanya dengan gangguan yang sedikit. Sedikit hempasan dan jatuhan ketika HDD sedang bekerja boleh menyebabkannya terus gagal berfungsi (mati sepenuhnya).
Apa yang boleh kita buat?
Untuk penjagaan maximum, gunakan case (sarung) HDD untuk mengurangkan impak jika HDD terjatuh. Kebiasaan harga sarung HDD sekitar RM10-RM20 jika di Malaysia.
Untuk HDD yang berada di dalam laptop atau komputer (internal HDD), jangan sesekali keluarkan HDD(s) daripada case laptop atau komputer anda.
Jika ingin keluarkan - dan kebiasaanya adalah untuk mengalihkan HDD tersebut ke dalam laptop atau komputer lain - lakukan dengan cermat dan cepat.
Pastikan tidak berlaku goncangan, pergerakan atau gegaran pada HDD yang sedang hidup atau bekerja. Ini termasuk HDD yang berada di dalam laptop atau komputer. Cari tempat yang boleh mengurangkan HDD daripada di langgar atau terjatuh.
HDD dipasang lebih kemas dan teguh di dalam laptop berbanding komputer atau external HDD, Jangan rasa anda membawa kulit telur ketika di tangan anda adalah sebuah laptop yang sedang hidup (bekerja) kerana sedikit gegaran atau bump (perlanggaran) mampu menggagalkan sistem komponen terutamanya HDD yang boleh mengakibatkan corruption of data.
Magnet juga boleh menjadikan platter (piring) HDD mengahadapi kegagalan berfungsi yang boleh menjadi penyebab kepada kerosakan data dan calar. Jauhkan HDD daripada benda-benda yang bermagnet seperti pembesar suara dan sebagainya.
Sebab #2 : Panas Melampau
Seperti komponen lain di dalam komputer atau laptop, HDD di cipta dengan mempunyai julat suhu yang optimum (sesuai). Kepelbagaian suhu ini berbeza mengikut pengeluar HDD tersebut. Selagi mana HDD bekerja dalam julat suhu yang sesuai, selagi itu anda boleh rasa selesa.
Masalahnya adalah apabila HDD tidak di jalankan mengikut suhu optimum yang diberikan. Jika anda tidak membersihkan air flow (saluran udara) pada casing laptop atau komputer anda, haba yang terkumpul di dalam case akan jadi lebih panas dari bilik anda.
Walaupun anda rasa selesa (dengan suhu sekeliling), mungkin komponen komputer anda tetap terseksa dgn haba 'bilik' mereka.
Apa yang boleh kita buat?
Perkara pertama, pastikan haba keliling anda sesuai dengan julat suhu yang di syorkan pengeluar terutama HDD yang berada di dalam laptop atau komputer.
Di cadangkan untuk membersihkan laptop atau komputer anda 6 bulan sekali. Dan pastikan anda matikan sepenuhnya komputer atau laptop sebelum dibersihkan.
Yang terpenting adalah pastikan kipas anda berfungsi !!
Untuk lebih selamat, letakkan komputer dan laptop anda di tempat yang paling kurang habuk. Fungsi air flow (saluran udara) dalam komputer atau laptop adalah untuk ciculation (pusingan udara).
Mengabaikan perkara di atas bermakna anda menghampiri cara paling cepat membuatkan laptop anda destroy (rosak).
Sebab #3 : Fragmentation File (Pemecahan Fail)
Fragment adalah fail yang terpisah-pisah di dalam magnet platter disk. Bukan fail yang boleh dilihat secara fizikal.
Fail yang terpisah ini bukanlah penyumbang besar dalam kerosakan HDD. Walaubagaimanapun, ia akan membuatkan HDD terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan walaupun hanya satu fail (fail di dalam HDD berselerak di dalam cakera keras dan bukan di tempat yang sama walaupun satu video movie).
Jangan biarkan HDD anda penat kerana fragmnetation file ini tidak akan pulih sendiri, malahan akan sentiasa bertambah jika tidak disusun.
Apa yang boleh kita buat?
Jawapan yang ringkas : defragmentation (Penysunan semula fail).
Walaupun HDD jenis NTFS lebih sedikit masalah pemecahan fail ini daripada jenis FAT32, ia tetap bukan satu perkara yang boleh dipandang ringan dalam penyeleggaraan komputer.
Tidak faham tentang fragment disk? Baca Pengertian, Fungsi dan cara defragmant disk.
Walaubagaimanapun, hati-hati dengan defragment disk yang terlalu kerap kerana ia adalah satu kesilapan yang biasa pengguna lakukan.
Sebagai bonus, penyusunan semula fail tersebut akan boost up (meningkatkan kelajuan) komputer anda dan mengurangkan kerja HDD seterusnya memanjangkan jagka hayat mereka.
Tambahan pula, jika anda ingin semula fail yang hilang, maka defragmantation amat membantu dalam mempercepatkan proses tersebut.
Sebab #4 : Kerap Menghidupkan dan Mematikan
HDD akan lebih bekerja keras ketika kita menghidupkan dan mematikan laptop atau komputer. Dengan kata lain, menghentikan HDD dan menjalankan nya semula degan kerap. Lebih-lebih lagi apabila HDD dimatikan kuasa ketika sedang berputar dengan laju. Ia akan menyebabkan calar yang terus akan menggagalkan fungsi HDD dan mungkin menghadapi risiko data hilang.
Apa yang boleh kita buat?
Dalam hal seperti ini, sudah tentu kita tidak mahu HDD, laptop atau komputer sentiasa hidup dan bekerja sepanjang masa, dalam masa yang sama kita tidak mahu menghidupkan dan mematikan berkali-kali dalam sehari.
Jadi, aturkan jari-jemari anda untuk shut down laptop atau pc anda apabila anda berfikir untuk tidak menggunakannya selama sehari atau lebih. Jika anda hanya ingin meninggalkan HDD dalam beberapa jam, letakkan laptop atau komputer anda dalam mod sleep atau hibernate kerana ia akan memperlahankan pusingan piring HDD. Untuk memudahkan pengguna, aturkan power option komputer anda dalam keadaan default (asal). Ia akan memberikan penjagaan yang maximum untuk HDD anda.
Tambahan, pastikan external HDD anda menggunakan kaedah yang betul sebelum dilepaskan dari USB laptop atau komputer.
Sebab #5 : Lonjakan Kuasa Elektrik
Arus elektrik tidak selalu stabil dan tetap. Adakalanya voltan naik mendadak melebihi had normal - walaupun dalam tempoh nanosaat - dan ini lah yang di sebut sebagai "lonjakan".
Apa yang teruk tentang lonjakan ini adalah, ia boleh menyebabkan kerosakan teruk pada barang-barang elektronik termasuklah komponen-komponen komputer. Saat lonjakan berada pada tahap teruk, ia mampu menyebabkan HDD anda di "goreng" dan di "panggang".
Apa yang boleh kita buat?
Gunakan stabilizer (menstabilkan arus elektrik). Ia akan mengesan lonjakan elektrik dan mengalihkan ia jauh dari peranti yang dipasang.
Adakah stabilizer ini betul-betul berfungsi? Ia bergantung dengan jenis dan kualiti yang kita gunakan, setiap stabilizer mempunyai had maximum dan minumum mengikut spesifikasi pengeluar. Anda akan dilindungi daripada kekuatan lonjakan tertentu sahaja. Ia adalah perlaburan yang baik untuk memanjangkan jagka hayat komponen elektrik di rumah anda.
Kesimpulan
HDD anda masih lagi terdedah kepada kerosakan atau kegagalan berfungsi walaupun selepas menjaganya dengan cara yang paling maksimum. Walaubagaimanapun, garis panduan di atas hanyalah kebarangkalian yang akan menambah jangka hayat sesebuah Hard Disk Drive dan mengurangkan sakit kepala pengguna. Chill! :)
Apa yang telah anda lakukan untuk tambah jangka hayat HDD anda? Kongsi tips dan cadangan anda atau ceritakan pengalaman HDD anda kepada kami dengan tinggalkan komen anda di bawah!
Credit pictures to : google.com
Credit idea to : makeusof.com






No comments