Aurat menjadi sesuatu yang 'hangat' apabila di perkatakan di Malayisa. Malahan ia seolah-olah menjadi satu bab yang sangat susah dan berat untuk di ingat. Lebih berat lagi apabila berani mengeluarkan kenyataan tentang sesuatu yang dipelajari tetapi belum sempurna pembelajarannya.
Ramai yang menggelarkan rumah tangga sebagai 'lubuk' untuk mengumpulkan pahala. Apa sahaja yang di lakukan oleh pasangan mampu membuahkan ganjaran. Malah ditambah dengan seronoknya rasa di sayangi.
"Ibu bapa berdosa jika anak tidak menutup aurat". "Ayah bertanggungjawab tentang aurat anak". "Lepas nikah terus pakai ketat, tambah dosa suami je". Terlalu banyak perihal aurat di tuturkan masyarakat.
AURAT - Teringat keluhan anak didikan yang penuh dengan sifat ingin tahu.
"Ustaz, takpe ke kalau mak saya memasak dengan baju kelawar?".
Hampir tersedak aku mendengar soalan ganjil tersebut. Aku memandang wajahnya. Terlihat mulutnya seolah ingin meneruskan kata-kata.
"Ada apa dengan baju kelawar?" sahaja aku bertanya untuk teruskan "mood" anak didikku itu meneruskan pertanyaannya. "Hm, mak saya selalu 'ikat' baju kelawar tu sampai atas paha. tak nak bagi kotor kene lantai katanya. Takpe ke ustaz?"
AURAT - BAHAGIAN
Aurat itu mudah. Ia jadi sukar jika kurang berjumpa situasi berkaitan menutup aurat hingga keliru antara aurat dengan sentuhan yang boleh membatalkan wudhu'.
Bahagian yang selalu kita lalai dan leka adalah aurat sesama ahli keluarga terdekat kerana mereka adalah orang yang paling kerap berjumpa dan duduk bersama-sama.
Ringkasnya, semua faham aurat keluarga yang terdekat (emak, ayah, adik beradik kandung) adalah dari pusat hingga lutut secara ijma'.
DOSA - IBU BAPA
Aku mengekalkan senyuman untuk menyembunyikan perasaan terkejut dengan soalan yang diajukan anak muridku.
"Kamu tahu mana had aurat antara keluarga terdekat?. Aku menjawab dengan persoalan semula.
Gelengan kepala dan bahu yang diangkat menjadi jawapan kepada soalan aku. Aku menarik nafas panjang, bersedia menyingkap segala persoalan yang di ajukan tadi.
"Aurat ni ada khilaf" Aku menjawab sambil ketawa kecil. Kerana jawapan sebegitu biasanya dituturkan oleh orang-orang newbie macam aku.
"Minimum aurat bagi keluarga terdekat yang sudah mumayyiz, seperti ibu bapa dengan anak, adik beradik, adalah antara pusat dan lutut secara ijma' jika tidak ada keadaan dharurat." Anak murid aku mengangguk faham dengan muqaddimah jawapan yang aku tuturkan.
"Selagi ada lubang fitnah, selagi itu aurat perlu ditutup walaupun antara ibu bapa dan anak. Sebagai contoh, jika ibu memakai pakaian yang sangat sendat dan mendatangkan syahwat ataupun fitnah kepada anak-anak ketika di dalam rumah, maka ibu tersebut wajib memakai pakaian yang longgar." jawabku panjang lebar.
"Selagi ada lubang fitnah, selagi itu aurat perlu ditutup walaupun antara ibu bapa dan anak. Sebagai contoh, jika ibu memakai pakaian yang sangat sendat dan mendatangkan syahwat ataupun fitnah kepada anak-anak ketika di dalam rumah, maka ibu tersebut wajib memakai pakaian yang longgar." jawabku panjang lebar.
"Habis tu ustaz, kalau benda yang bukan aurat yang boleh mengundang fitnah pon salah dan berdosa untuk dilihat anak atau ibu kita, jadi jika mengangkat kain hingga ke peha atau membuka aurat itu adalah lebih-lebih lagi berdosa la yer?" Terus anak muridku mencelah sebelum sempat aku meneruskan penjelasan.
"Hm..." Aku hanya senyum tanpa sebarang kata.
AMANAH
Ucapan aku terima nikahnya bukanlah hanya sekadar kenikmatan dan air mata perpisahan. Bahkan ianya adalah satu AMANAH dari Allah.
Bermakna dia bertanggungjawab ke atas Allah s.w.t. Bukan hanya perlu di beri makan dan minum, nafkah batin, nafkah anak-anak. Bahkan lebih besar dari itu adalah NAFKAH TARBIYYAH.
Pendidikan untuk menjadi isteri atau anak yang soleh dan solehah.
Jangan hanya mampu untuk memberikan nafkah apa sahaja untuk mereka perbuat untuk keduniaan tanpa melihat solatnya atau hijabnya. Tanpa melihat dengan siapa bergaulnya dia.
Jangan jadi golongan yang seperti Rasullullah katakan sebagai DAYYUS. Sahabat bertanya "Siapakah itu dayyus wahai Rasulullah? Allazi la yaghara a'la ahlih iaitu yang tiada tergugat maruahnya (tiada cemburu) dengan isteri dan anaknya. [mafhum hadith]
Dalam Islam, masuk bilik ibu bapa atau anak perempuan pun perlukan waktu yang sesuai. Perlu mengetuk pintu dan sebagainya demi menjaga keharmonian dan mempertahankan rasa malu di kalangan ahli keluarga. Inikan pula tentang aurat yang bukan lagi di dalam bab adab. Malahan bab yang lebih besar. Sudah barang tentu ia akan memberi kesan yang lebih besar juga.
Baca juga adab masuk ke bilik ibu bapa.
KESIMPULAN
Bukan aurat ibu bapa dan anak sahaja yang penting di dalam sebuah institusi kekeluargaan. Ibu bapa juga perlu memantau aurat anak-anak dengan adik beradik mereka sendiri, terutama aurat antara anak lelaki dan anak perempuan.
Menganggap didikan anak dan keluarga sehingga dia baligh atau sudah bekerja dan berkahwin sahaja adalah satu perkara yang sangat salah. Baligh, bekerja atau sudah berkahwin bukan menjadi satu "lesen" untuk membiarkan mereka berfikir dan bertindak sendirian.
Didiklah dengan peringkat umur mereka. Didiklah dengan rahmah kepada mereka. Didiklah dengan tarbiyyah Al-Quran dan As-Sunnah. Nescaya bantuan dari Allah akan datang sederas-derasnya.
Kongsikan pengalaman anda di Nur El-Qalbi | Official. Jika ada cadangan atau pengalaman, kongsikan dengan kami dengan menulis komen di bawah!

No comments