Select Menu

Ads

Random Posts

Lorem 1

Technology

Circle Gallery

Shooting

Racing

News

Lorem 4

» » » » » » » » » TEST BLOG POST 3

TIDAK disangka masalahnya serumit itu. Sebaik mendarat di lapangan terbang Narita, Tokyo, saya ditahan imigresen. Bagasi diperiksa amat rapi. Pakaian dan keperluan saya dibelek berkali-kali, entah apa-apa.

Meski berjaket tebal, dingin menyengat seluruh tubuh pada musim sejuk yang mula melanda Negara Matahari Terbit. Hampir sejam saya ditahan dan dikawal dua petugas yang serius semacam.

Saya cakap Inggeris dia orang tidak faham. Dia cakap Jepun saya tidak faham. Sementara menunggu pegawai imigresen yang boleh berbahasa Inggeris, saya terkurung dalam seribu kebimbangan.

Semuanya gara-gara nama yang tertulis pada tiket penerbangan saya: Bin Ali, Abd Jalil. Walaupun pasport saya tertulis nama dengan susunan betul, perkataan Bin Ali itu pula yang menyekat pergerakan saya.

“Mr Bin,” kata pegawai yang boleh berbahasa Inggeris sambil memegang tiket dan pasport. Wajahnya nampak mesra, tetapi saya tidak menyenanginya sebab panggil saya ‘Mr Bin’, bunyinya sama macam watak utama dalam siri lawak bodoh di TV, ‘Mr Bean’.

Itu terjadi kira-kira 15 tahun silam, pertengahan November 2001, lebih kurang tiga bulan setelah peristiwa 11 September di Amerika Syarikat yang menggemparkan seluruh dunia.

Meski saya ke Negara Samurai atas undangan rasmi The Japaness Foundation, pihak berkuasa lapangan terbang tidak mudah melepaskan saya. Hanya kerana perkataan ‘Bin’ mereka mengesyaki saya mempunyai hubungan dengan Ben Laden.

Puas saya jelaskan Ben Laden orang Arab, saya orang Jawa dari Kuala Lumpur. Kalau tengok hidung pun mereka patut dapat membezakan antara orang Malaysia dengan Arab.

Demikianlah bimbangnya imigresen dengan Ben Laden, lelaki berjambang, berjanggut dan berserban, ketua al-Qaeda yang disyaki dalang serangan 11 September yang mengorbankan 2,996 orang.

Realiti Sebenar

Peristiwa yang meranapkan beberapa bangunan ikon AS, termasuk World Trade Center di New York itu membangkitkan sentimen anti-Islam. Tiba-tiba sahaja seluruh dunia ditakutkan dengan apa yang disebut Islamophobia.

15 tahun berlalu tetapi sentimen benci Islam belum reda malah terus ditiupkan barat khasnya konco-konco AS. Dunia ditakutkan dengan pelbagai tohmahan konon puak militan Islam sedang merancang untuk menyerang dan membunuh orang kafir.

Apa sahaja keganasan dan pembunuhan yang terjadi di mana-mana pelosok dunia, Islam akan dijadikan kambing hitam. Awal-awal, tanpa bukti, mudah sahaja mereka menuding jari kepada al-Qaeda dan lain-lain puak ekstrimis Islam sebagai penyebab.

Terkini, serangan dan pembunuhan yang terjadi di Paris, pihak berkuasa negara berkenaan cepat sahaja menuduh militan Islam sebagai musibatnya. Siasatan masih diteruskan tetapi sampai kini belum ada bukti jelas bahawa itu adalah perbuatan pasukan berani mati Islam.

Sejarah Sentiasa Berulang

Menoleh ke belakang, sebenarnya sejak zaman Nabi Muhammad SAW, puak kafir melemparkan pelbagai tuduhan untuk memberitahu dunia bahawa Islam tidak betul, Islam suka membunuh.
Pada hal keganasan – tidak kira apa bentuk – adalah sesuatu yang ditentang dalam agama suci ini. Al-Quran menegaskan Islam bukan agama terrorist. Islam tidak pernah menggalakkan kekasaran dan pembunuhan.

Ada sekian banyak nas dan hadis menjelaskan betapa Islam agama yang amat mementingkan persaudaraan dan keamanan. Islam sentiasa menyeru kepada persahabatan dalam kalangan umat tanpa mengira warna kulit dan agama.

Sebenarnya orang kafir yang kaji dan memahami kandungan al-Quran pun tahu kedamaian dan keharmonian dituntut oleh Islam. Mereka tahu agama Allah ini benci permusuhan.

Sengaja puak-puak kafir menggiatkan kempen memburukkan Islam. Apa sahaja jalan dan ruang dicari untuk memberi gambaran negatif terhadap agama Nabi Muhammad SAW. Islamophobia memang kempen anti-Islam yang disemarakkan seluruh dunia.

Janji Allah

Tetapi, seperti dijanjikan dalam al-Quran, ALLAH akan memelihara agama suci ini. Betapa pun gerakan orang bukan Islam giat melemparkan tohmah, Islam mempunyai kekuatan sendiri dan tidak putus-putus berusaha menghapus persepsi negatif itu.

Meski diancam, hari demi hari semarak keislaman semakin melebar di seluruh dunia. Jika umat dan seluruh negara Islam bersatu, Islamophobia pasti dapat dan dihapuskan.

Islamophobia? - klik untuk lebih kenali ISLAMOPHOBIA.

Kredit : Sinar Harian

About Unknown

WePress Theme is officially developed by Templatezy Team. We published High quality Blogger Templates with Awesome Design for blogspot lovers.The very first Blogger Templates Company where you will find Responsive Design Templates.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments

Leave a Reply